Ahad, 31 Julai 2011

.:Puasa Oh Puasa:.

Assalamualaikum,meh dengar ceramah plak jom dengar sama-sama, mung tak dengar mung berat nanang hahaha rosak bahasa ganu hihihihi jangan marah ye orang ganu.. 


part 1  


 part 2


 part 3 


part 4

 part 5

 part 6 

 ""Cintai Allah Cintai Rasulullah"" 

.:Puasa Oh Puasa:.

Wa.. sedar dalam sedar dah nak puasa kan, em come on semua moh kite bersemangat waja ibarat boboiboy menentang adudu tekad kan di hati untuk berpuasa dengan penuh keazaman semoga mendapat rahmat Allah  ye..

Kat sini ANA nak sertakan bersamaniat puasa jom niat sama-sama, oh lupa kita leh juga niat untuk sebulan pada awal bulan puasa ni tapi perlu juga niat hari-hari. Jika niat puasa sebulan ni boleh la mencover jika kita terlupa niat puasa untuk esok.



""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

nota kecik:: tekad 30 post puasa setiap hari insyaAllah. satu hari satu juzuk insyaAllah.

Sabtu, 30 Julai 2011

.:Melukis Perempuan Bertudung:.

Assalamualaikum, kali ni ANA mahu berkongsi satu lagi teknik melukis yang ANA rasa amat membantu kerana ANA sendiri pon dibantu oleh  vid ni, kerana ANA mempunyai masalah dalam melukis perempuan atau lebih mesra wanita kalau bab nak lukis perempuan memang agak fail..

Jadi kat sini ANA lampirkan sebuah vid yang bagi ANA dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan sahabat dalam bidang lukisan.



""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Khamis, 28 Julai 2011

.:BoBoiBoy:.

Assalamualaikum, kali ni ANA nak berkongsi satu lagi fenomena dalam insdustri animasi kita iaitu Boboiboy yang sekarang telah masuk episod  ke 5 sebenarnya benda ni ANA dah lama terperap kat dalam lappy ni tapi tak berkesempatan ni ANA nak mengucapkan selamat hari raya dushh!! puasa pon belum dah sibuk raya.

Siapa cakap animasi ni tidak mempengaruhi minat kanak-kanak sebenarnya animasi,katun,anime ini amat mempengaruhi minda kanak-kanak yang sedang membesar dan jugak sedang mengenal erti kehidupan di bumi fana ini. Dewasa ini ramai ibu bapa yang beranggapan
"biar la anak-anak tu tengok katun daripada pergi main kat luar"
"biar la bebudak  tu tengok katun tak kacau mak buat kerja"
 Ini adalah satu cara yang salah dalam mendidik anak-anak jika kita membiarkan anak-anak menonton kartun yang langsung tidak memberi faedah kepada anak-anak ini akan menyebabkan minda kanak-kanak tersebut sendiri tebantun dalam perkembangan minda.

Namun bukan semua animasi atau lebih mesra dipanggil kartun ini tidak mendatangkan faedah ada juga yang mendatangkan faedah.Coretan kali ini adalah berkaitan dengan kenyataan yang ANA sempat terjah..

Lihat Fikir Renungkan


 So apa pendapat sahabat semua...

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

nota kecik::upin ipin pon apa kurangnya best รถ  

.:Cara Nak Download Dari Megaupload:.

Assalamualaikum, zonez kali ni ANA nak kongsi dengan semua bagaimana untuk kita mendownload file dari megaupload kat sini ANA rasa tahu mesti yang ramai tahu kenapa Megaupload tak leh nak masuk kan ianya kerana kerajaan Malaysia telah melakukan sekatan jalan raya terhadap Megaupload.

Ok terus kepada pelajaran kita hari ini ok ye zonez ambik perhatian bebetul tu kat belakang kanan tu kenapa cakap-cakap lagi tengok dah faham ye.. selamat mencuba ANA dah pon mencubanya ternyata berjaya mendownload eyeshield 21 ya-ha!!!



  klik untuk tumbesaran


 sekadar hiasan Ya-Ha!!!

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Rabu, 27 Julai 2011

.:Bagaimana Melukis Mata:.

Mari belajar melukis mata.



 

.:Ramadhan Tiba:.

.:Kes Cerai Di Malaysia:.

1 perceraian setiap 15 minit: Mashitah


2011/03/03
PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat setiap tahun kerana kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri, termasuk mengabaikan solat.
"Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul: Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di sini hari ini.

Seramai 1,200 penjawat awam hadir pada seminar itu dengan anggota panelnya terdiri daripada pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah, Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

Mashitah berkata, JAKIM akan memperbanyakkan lagi program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.

"Setakat ini, JAKIM telah menganjurkan sebanyak 900 program kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dalam usaha untuk memperkasakan institusi rumah tangga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mashitah berkata JAKIM masih memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran Al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai "Sidang Parlimen Roh" selepas kematian pengasasnya, Ashaari Mohamad atau Abuya, pada 13 Mei tahun lalu.
"Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat supaya berhati-hati dan tidak mengkuti kepada
ajaran itu," katanya. - BERNAMA

.: On Going:.

harap bersabar........ dan datang lagi... :)