Isnin, 22 Ogos 2011

.:Jalan Bata Sebijik:.


Malam ini macam biasa Fitri bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat fardhu Isyak dan diteruskan dengan solat sunat terawikh. Kebiasaannya dia pergi bersama Man tapi apakan daya setelah disapu minyak yuyi cap manggis pon Man masih lagi sakit perut akibat makan terlalu banyak laksam singapore.Hisyam dah 3 hari selamat sampai di kampung halamannya. sekarang hanya tinggal Fitri dan Man sahaja yang masih belum pulang ke kampung halaman.

"tu la orang lain pun makan juga tak de la macam ko makan, makan sampai 3 mangkuk. mangkuk tul la" marah Fitri kepada kawannya itu kerana tidak mahu mendengar nasihat.

"habis ko pegi ke tak ni?”Tanya Fitri.

“tak tahu lagi kang kalau dah tak meragam aku pegi r”jawab Man yang sedang terbaring di sofa.

“ok aku tunggu ko kat masjid,kalau ko tak datang aku tolong belikan kain kafan untuk ko hehe”balas Fitri.

“amboi ko aku baru je sakit perut sikit dah nak belikan aku kain kafan”Hisyam sedikit berangin.

“eh ko ni ingat mati tu kan bagus, ko tak tahu ke orang yang paling bijak adalah orang selalu ingatkan mati.”jawab Fitri  “ko tak nak ke jadi orang bijak” sambungnya lagi.

“ok-ok aku ngaku aku salah ye maafkan aku.”Hisyam mengalah.

Fitri mengambil kunci motornya yang sedia tergantung lalu menghidupkan enjin motornya. Trang tang tang tang tang, motor Fitri mula menjerit  sehingga mengejutkan kucing yang baru sahaja nak mengorat kucing jiran sebelah. Perlahan-lahan jeritang itu hilang dari lorong bata sebijik, yakni lorong rumah Fitri.

“meeeeeow eeow eow (kuuuurang asaaammm betul budak ni potong line aku plak)”kucing.
Kucing memandang Fitri dengan penuh dendam.

Pop!! Boom!! Prom pom pom pom!! Boom kebaboom!!

Sebaik sahaja tiba di lorong bata 2 biji, sejak dua menjak ni memang dia terpaksa berhati-hati ketika melintasi lorong bata 2 biji bagaikan sedang berada di Palestin bimbang,takut jika terkena peluru sesat. Begitu juga dengan keadaan di lorong bata 2 biji bimbang dan takut jika terkena mercun sesat mainan budak-budak di sepanjang lorong tersebut. Mereka saling berbalas tembakan mercun lihat siapa yang paling hebat siapa yang paling kuat. Begitulah suasana lorong bata 2 biji terpaksa menahan telinga dan juga menahan sabar dengan karenah budak-budak.

Fitri menongkatkan motornya kerana dia sudah sampai di masjid al-Taqwa. Bismillahirahmanirahim..Fitri melangkah masuk dengan kaki kanan dan membaca doa masuk ke masjid. Hari ini masuk hari ke 22 puasa dan hari ini juga satu telah maju kehadapan ini lah dikatakan semakin hari semakin maju, namun pada hakikatnya semakin mundur ke belakang.



--tamat--

ANA cukup tak berkenan kalau ada budak-budak men mercun dekat dengan surau atau masjid rasa macam nak kejar ngan kayu besbol je. geram mengganggu jemaah nak solat terawikh. memang pernah terjadi tengah asyik dok baca al-fatihah bunyi mercun bola memang terkejut r  alhamdulilah ngah bulan puasa sabar je la....


""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

2 ulasan:

nurul_diya m. nor al-haj berkata...

mlm2 terakhir nie...makin bingit denngan bunyi mercun dan meriam...lebih2 di kampung...hissh bdk2 nie, tak takut putus jari ker....adessshhh...(@_@)

Fz27 berkata...

@nurul_diya m. nor al-haj masalh tak takot tu yang masalah tu hehehe