Rabu, 17 Ogos 2011

.:Melewatkan Sahur:.

Puasa dah masuk penggal yang kedua iaitu keampunan, so kat sini ANA nak mengingatkan diri ANA dan juga ente sekalian jangan lupa sahur. Wa. awal-awal aritu semangat siap kejut tok bilai surau lagi, ni dah masuk tengah-tengah ni mula la ngantok la penat la malas la dan jawapan paling popular xpe dah makan dah tadi. Jangan la macam kay, meh baca ni untuk tambah kan semangat ente semula.

Sahur bermaksud makan dan minum selepas waktu tengah malam sehingga waktu imsak. Kelebihannya adalah orang yang berpuasa lebih bertenaga pada waktu siang. Selain itu, amalan ini juga mendapat ganjaran bonus daripada Allah.

Sabda nabi yang bermaksud 

''Bersahurlah,sesungguhya pada makan sahur itu ada keberkatan." 

(direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

"Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita (umat islam) dengan ahli kitab adalah bersahur."

 (Direkodkan oleh Nasai)

Sabdanya lagi, yang bermaksud

"Sahur itu ada keberkatan. Jangan kamu meninggalkannya walaupun seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang bersahur."

Waktu bermula daripada separuh malam sehingga fajar terbit kerana hadis laporan Zaid bin Thabit katanya,

"Kami bersahur bersama Nabi Muhammad. Kemudian kami solat dalam jarak masa antaranya sekadar 50 ayat Al-Quran yang dibaca." 

Allah juga menambah pahala kepada mereka yang bersahur lewat sehingga tiba waktu imsak. Waktu imsak yang di amalkan sekarang adalah bermula lebih kurang 10 minit sebelum masuk waktu subuh. Ia bertujuan supaya orang yang berpuasa berhenti makan dan bersiap menunaikan solat subuh. Ia juga waktu ihtiati atau berjaga-jaga supaya tidak tergopoh-gapah bersahur apabila azan subuh berkumandang.

Apabila seseorang berasa ragu-ragu tetang waktu sahurnya dan tidak ada tanda-tanda yang membuktikan tamat tempohnya, puasanya dikira  sah.

::dipetik dari buku Ramadan tetamu yang dirindui::

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

4 ulasan:

c i k a n a berkata...

nice entry..terima kasih sbb share info ni =)

sha my heart berkata...

TQ di atas ingatan =)

Fz27 berkata...

@c i k a n a afwan.. cik ana

Fz27 berkata...

@sha my heart afwan.. hidup ini kena saling ingat mengingati