Jumaat, 5 Ogos 2011

.:Tip Berbuka Puasa:.


Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan buah kurma yang segar (rutob), sekiranya ada atau kurma kering (tamar) dalam jumlah ganjil. Sekiranya tiada kedua-duanya sunat berbuka dengan air. Anas menceritakan, Nabi Muhammad berbuka puasa dengan beberapa biji rutob sebelum solat. Apabila tiada rutob beliau makan tamar, kalau tiada tamar diminumnya beberapa teguk air.

Kat sini ANA nak kongsi sikit kelebihan kurma ni, menurut Prof. Madya Aisyah Mohd Zain pakar perubatan Malaysia pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi UPM memberitahu, jus kurma dapat merangsangkan selera makan, membantu mencegah sembelit,lemah otot, sengal-sengal badan, lesu, dana barah usus besar. Ia juga dapat menguatkan ingatan dan melawaskan perut. Kurma juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut.

Rasulullah bersabda yang bermaksud::
“apabila kamu berpuasa berbukalah dengan buah tamar, sekiranya tiada berbukalah dengan air bersih.”
(Direkodkan oleh Ahmad dan Tirmizi)

Selain itu,Nabi Muhammad juga meninggalkan kita dengan beberapa tip untuk berbuka. Sunat berbuka sebelum menunaikan solat maghrib. Selepas  solat kita digalakkan makan  makanan yang berat. Namun dalam kes ini dikecualikan apabila makanan sudah siap terhidang. Baginda menyuruh supaya terus makan. 

Baginda bersabda,
 “apabila dihidangkan makan malam maka mulakan sebelum solat maghrib. Jangan kamu gopoh ketika makan malam itu.”


""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
nota kecik:: macam na la keadaan saudara kita kat Palestin sana nu. moga mereka menjalani ibadat puasa dengan aman.

7 ulasan:

Azura berkata...

nice entri :)

Jiejah Gorjes berkata...

hehehe saya biasa makan 1 biji kurma jer..konon nak ikut sunah nabi makan 3 biji..baru kunyah 1 biji dah tak sabo nak jamu menu lain hiks!

Fz27 berkata...

@Jiejah Gorjes ::sabar sabar hehehe

tiefazatie berkata...

tq sharing..mmg berbuka dgn kurma n air dulu..hee

Fz27 berkata...

@azura::sangkiu

Fz27 berkata...

@tiefazatie ::welcomey ilmu yang berguna ptt kongsi bersama

Cikewi berkata...

3 biji kurma & air kosong :)