Selasa, 9 Ogos 2011

.:XPDC Daki Gunung:.

Baju-siap     Lampu-siap
seluar-siap   Air-siap
beg-siap      Kasut-siap

Ok semua dah  bersiap sedia untuk memulakan ekspedisi kita kali ni. Ketua xpdc pada awal-awal lagi telah memaklumkan pada semua peserta xpdc ini bukan suatu yang wajib jadi tidak perlu rasa bedosa jika tidak mampu untuk turut bersama dalam xpdc kali ini mungkin jika mereka benar-benar bersedia mereka akan turut ikut bersama.Nampak dihujung sudut dewan ada yang menangis teresak-esak kerana tidak dapat menyertai xpdc yang dianjurkan,dia mengetahui betapa seronoknya jika dapat sama menyertai xpdc ini kerana program seperti ini hanya dibuat pada bulan tertentu sahaja tidak semua bulan.

Dengan Bismillah semua mereka menuju ke bas dan peserta mengambil tempat masing-masing. Kelihatan di setiap wajah peserta terpancar seri ketidaksabaran mereka untuk mengharungi cabaran kali ini.Ada diantaranya nampak agak gelisah seperti anak musang dikejar ayam dalam memikirkan apakah dia akan berjaya sampai ke puncak seperti apa yang di harapkan oleh setiap peserta. Wajah sebegitu selalunya adalah orang yang baru pertama kali menyertai xpdc ini, dan disini sudah bermula tugas pembantu ketua xpdc untuk menenangkan wajah yang gelisah itu kerana ia akan memberi kesan ketika aktiviti pendakian nanti.

Setiba dilokasi semua peserta sekali lagi dipendengarkan taklimat ringkas daripada ketua xpdc. Ketua xpdc sekali lagi memperkenalkan dirinya, Iman pesara tentera yang amat berpengalaman dalam menjalankan aktiviti lasak sebegini dia sudah berkurun bergelumang di dalam hutan, hutan sudah seperti tempat permainan baginya.Segala lurah dan gaung sudah dihafalnya pengalamannya selama berkhidmat dalam bidang ketenteraan menjadi satu kelebihan buatnya.

"Assalamualaikum semua sekali,Sekarang saya akan memberi sedikit taklimat ringkas sebelum kita semua bergerak menuju ke puncak, semua sudah bersedia?"Iman memulakan taklimatnya.

"Sedia!!"Jawab semua peserta dengan bersemanga,.sehinggakan burung yang terbang pon boleh jatuh.

"Seperti semua sudah maklum kita akan melakukan satu aktiviti lasak,walaupun ianya lasak namun tetap memberikan manfaat kepada diri kita dari sudut jasmani mahupun rohani. Saya akan menceritakan sedikit gambaran perjalanan kita. Perjalanan kita tidak akan dilakukan secara terburu-buru kerana kita tidak akan dapat menghayati keindahan alam semula jadi, amatlah rugi jika kita terburu-buru untuk sampai kepuncaknya tetapi kita tidak dapat apa-apa melainkan hanya penat semata-mata." Matanya bernyala-nyala setiap yang mendegarnya mendengar dengan khusyuk namun ada juga yang sudah beberapa kali mengikuti aktiviti ini hanya bersahaja ketika mendegar taklimat daripada ketua xpdc.

"Sepanjang perjalan kita akan beberapa kali mengambil masa untuk berhenti berehat seketika untuk melepaskan lelah serta boleh mencuri masa untuk memulihkan kembali tenaga.Ok itu sahaja yang ingin saya sampaikan semoga kita semua berjaya menempuhi cabaran xpdc kali ini."

Usai sesi taklimat semua peserta mengambil peralatan masing-masing dan memulakan pendakian.

Setiap 20 minit Iman akan berhenti berehat seketika untuk melepaskan penat dan lelah semua peserta tampak bersemangat namun ada juga yang sudah jelas terpancar di wajahnya kepenatan dan juga seperti wajah terpaksa mengikuti xpdc kali ini.Sepanjang perjalanan Iman menceritakan kisah-kisah yang menarik antaranya perlu kita menhargai masa, bagaimana insan yang terlalu mencintai harta bendanya dan pelbagai lagi kisah teladan yang disampaikan olehnya dalam bentuk yang amat santai dan menarik di dengar.

80 minit sudah berlalu ini adalah pit stop kali ke empat sudah ada yang berputus asa dan mahu berpatah balik. Kelihatan wajah Iman hanya bersahaja dia memang sudah menjangkakan perkara ini pasti berlaku bertahun-tahun dia membawa rombongan kembara dia sudah masak dengan situasi sebegini. Sebahagian peserta yang ingin mengundur diri dipersilakan namun Iman tidak akan  menghantar mereka pulang ke bawah, biarkan sahaja mereka pulang sendiri. Peserta yang lain melihat mereka berlalu pergi begitu sahaja, bagi mereka yang mengundurkan diri sudah sampai separuh perjalanan ini pun sudah berbaloi.

Hati Iman berbisik "semoga untuk xpdc seterusnya mereka boleh sampai ke puncak"

Perjalan tetap diteruskan walaupun separuh daripada peserta pergi meninggalkan Iman.Iman terus mengorak langkah meneruskan perdakian yang tergendala.

Selama 200 minit perjalanan akhirnya mereka sampai kepuncak masing-masing terpancar wajah kepuasan maka terus ada yang bersuara "Iman bila kita nak daki lagi?"

"Esok pon boleh, bila-bila pon boleh"Iman membalas beserta senyuman.

Dari atas puncak kelihatan pemandangan yang amat indah yang hanya boleh dinikmati oleh orang yang berhati cekal sahaja, berjaya mengharungi perjalan selama 200 minit bukannya susah bagi mereka yang mempunyai azam yang kuat tekad yang tinggi.

"Ini lah kenikmatan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata, sampaikan lah pada teman-teman yang lain tidak rugi untuk kita menyertai xpdc ini"

--tamat--

Wah panjang giler r entry kali ni. Patah jari ANA nak menaipnya Cerpen ini ANA kiaskan mengenai solat terawih yang hanya boleh dilakukan ketika bulan ramadhan ni.Minit yang ANA nyatakan adalah bilangan rakaat, banyak diantara kita hanya membuat 8 rakaat sahaja solat terawih jika ada hal tidak mengapa tapi ini sudah dari 8 rakaat bukan mahu membuat kerja berfaedah tapi pergi bersembang di kedai kopi. Ya lupa nak beri tahu nama gunung ni ANA namakan Gunung Terawih.Semoga kita mendapat manfaat dari apa yang kita kerjakan sepanjang dalam bulan Ramadhan pada tahun ini.



""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
nota kecik:: ada sapa-sapa nak di sambungkan citer ni? perasan tul

30 ulasan:

Ungu Violet berkata...

assalam...

nice entry...
klau nak seribu daya...huhu

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

nice entri ya .

:)

A Crack Mirror berkata...

kiasan yg rapi. betul juga..kenapa ramai yg tak sabar2 mahu habiskan 8..padahal selepas itu bkn mereka sibuk dengan perkara2 yg berfaedah... cuma mengejar masa untuk sinetron kegemaran tak pon berbual2..pnjng bualan blh jadi mengumpat..masyallah.. terkesan pahala taraweh tadi.wallahualam.

Fz27 berkata...

@Ungu Violet
Sangkiu very da much :)

Fz27 berkata...

@::ini belog saya . cinta hati saya::

senyum :) anda dalam tv hehehe

Fz27 berkata...

@A Crack Mirror

:)

KeChIk yg comey berkata...

xpdc panjat gunung yg hanya berlaku setahun sekali..insya ALLAH..=)

Fz27 berkata...

@KeChIk yg comey
betul tu...

Pure Mahabbah Fillah berkata...

assalam...

sbln dlm setahun xpdc tue kn...

selamt menjalani ibadah puasa...

mga lbeh baek dr sblmnya...

salam ziarah dr Ruby...

.zara. berkata...

kiasan yang sangat bagus! :)
keep it up!

c i k a n a berkata...

nice enrty..suke2..
selamat berbuka =D

CikFF berkata...

suko..!!
nice :D

zaty luvlianncezzz berkata...

kih3.

S a l a m r a m a d h a n~
Jum hayati di sini (^o^)
jangan terseksa kerana CINTA

Aida Omar berkata...

cerita yg menarik tp maksud kiasan tu yg lagi menarik.. :)

Fz27 berkata...

@Pure Mahabbah Fillah
selamat menjalani ibadah puasa

Fz27 berkata...

@.zara.
thanks nantikan coretan yang seterusnya

Fz27 berkata...

@.zara.
thanks nantikan coretan yang seterusnya

Fz27 berkata...

@c i k a n a
thanks kerana suka.. :)

Fz27 berkata...

@CikFF
suko?? ANA pon suko bila CikFF kat sini hehe

Fz27 berkata...

@zaty luvlianncezzz
Salam Ramadhan

Fz27 berkata...

@zaty luvlianncezzz
Salam Ramadhan

Fz27 berkata...

@Aida Omar
Terima kasih.. sangkiu..

AwieKashi berkata...

ok nicely..!
=)

slmt berterawih..nk cakap berbuka dah berbuka dah...huhu

Afiqa Dayana berkata...

wahh, entry terbaik ! hehe :)

najlaa lala berkata...

huhu~ nice lah! best :))

Fz27 berkata...

@AwieKashi
komen ini dibalas ketika nk bersahur so selamat bersahur hihi

Fz27 berkata...

@Afiqa Dayana
syukran

Fz27 berkata...

@najlaa lala syukran.. best?? hehe doakan ia akan bertambah baik.. untuk akan datang

k.yanti berkata...

mant0p!! tapi mcm lama benor solatnye.. 200 minit..hehe..lps bt story lps plak.. teruskan usaha..

Fz27 berkata...

@k.yanti terima kasih k.yanti