Isnin, 19 September 2011

.:Selamat Datang:.

Assalamualaikum.. Selamat Datang ANA ucapkan kepada ente-ente dan ente yang bakal/sudah masuk ke alam universiti. Alam Universiti bukan seindah dalam cerita Kuch Kuch  Hotak Hang atau dalam bahasa saintifiknya Kuch Kuch Hota Hai. Belari-lari bernyanyi-nyanyi wah seronoknya dunia.



Tapi sayang itu semua ilusi dalam filem yang menyebabkan ANA terpaksa guna tisu sebanyak 18 kotak.Walaupun ANA baru saja menjengah ke tahun kedua pengajian namun apa yang ada ANA ingin kongsikan bersama dengan ente semoga menjadi panduan serta ilmu yang berguna untuk kita kongsi bersama.

Apa yang ingin ANA tekankan jangan sesekali takut dengan pensyarah,cuba beranikan diri untuk dekatkan diri dengan mereka, kita sering kali dimomokkan dengan setiap pensyarah yang mengajar di universiti ini garang dan tidak mahu memberi perhatian kepada pelajarnya. Itu adalah satu tanggapan yang salah memang ada juga sesetengah pensyarah yang sebegitu namun itu hanya segelintir (mampus kalau ada lecture ANA yang baca ni).Namun sebahagiannya boleh kita jadikan teman untuk berbincang kena pandai la bodek pensyarah (bukan bodek nak dapat A ok) bodek dalam erti kata mengeratkan silaturahim kerana silaturahim ini salah satu pintu rezeki.


Ada juga sedikit pesanan daripada ANA yang hina ini kepada yang diluar sana jagalah pergaulan semasa berada di dalam kampus atau di luar kampus, jangan terlalu seronok kerana boleh pakai pakaian yang bebas (bagi yang diploma) kerana dah tak perlu pakai baju putih seluar hijau lagi. Pakai lah pakaian yang jenis apa pun tapi jangan sampai menampakkan aurat.

Terakhir dari ANA selamat berjuang menempuhi cabaran.. Bagi yang akan melanjutkan pelajaran di UTHM nantikan program KISS terbaik...

nota kecik:: walaupun dah 2 minggu pelajar baru masuk tapi nak gak tulis entry ni, so entry ni khas untuk pelajar second intake la, untung la ente tek kena orentasi :)

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

3 ulasan:

Pure Mahabbah Fillah berkata...

assalam ana..

huhuhu na tkot pon kt penysyarah,,,

hormat jer la kn..huhu

Fz27 berkata...

@Pure Mahabbah Fillah betul tu kena hormat...

ayuna ayuni.. berkata...

kuch2 hota hai tu xle blahhhh......

suka entry ni