Isnin, 28 November 2011

.:Generasiku:.

Di saat mentari masih belum menampak wajahnya,
Di saat ayam masih tidur-tidur ayam,
Di saat pak guard dok layang game pin ball untuk mengisi kotak kebosanan tahap gaban. ANA ingin berkongsi dengan pembaca penyibuk semua (ada ke?).

Sedang ANA dok pikir apa la nak dicoretkan kali ni dah bersawang dah blog ni bertepatan sangat dengan nama dia dalam bahasa melayu laman sesawang.ANA pon melakukan perjalanan maya menjelajah ke seluruh dunia melihat keindahan dunia ciptaan manusia yang mula di dilahir kan lewat 1980 dan mula di teroka sekitar 1960 (TQ pak su wiki).

Banyak memang banyak benda yang sebelum ni  kita tak kan tahu jika tak tahu, yelakan mana mungkin benda yang kita tahu tu, tak tahu mesti la kita tahu kalau kita tak tahu maksudnya benda tu kita tak tahu la kan.
(ok agak serabut)

Dalam dok pikir nak coret apa kat kat sini ANA pon membawa tetikus (sebut mouse lagi selesakan?) ke google search dan mengetuk papan luncur kekunci dan taip O@G dan keluarlah lagu generasiku fuhh lama gila r tak dengar lagu ni. sekali bila dah masuk dalam bilik you tube ni ada la tengok-tengok komen kat bawah vid, pastu ada jumpa satu komen pasal O@G tiru lagu orang OMD(oh mak datuk) apasal ni.

Kita tak leh cepat mengelabah, sebab jika kita terdengar sesuatu berita itu maka hendaklah kita siasat kebenaranya, supaya tidak terjadi sesuatu perkara yang akan menyusahkan orang lain. (ini ada dalil tapi ANA tak ingat surah mana). Bila ANA memulakan operasi menyelamat mencari pastu jumpa la apa yang dikata memang ada orang ambik lagu O@G dan nyanyikan semula, sebenarnya kumpulan tu yang ambil daripada O@G sebabnya kumpulan budak lagi ada kat disney channel asia nama dia waktu rehat.

ANA sempat la layang 12 bukan 12 episode tapi 1,2 episod ok la dari segi apa yang ANA dapat tafsirkan konsep dia muzikal macam high school musical ok la fun jugak tak dak la bosan sangat.(oh sebenarnya apa yang ANA nak kongsi ni.)

Kat sini ANA nak kongsikan dua genarasi menyanyikan satu lagu pergh!!! memang kena la dengan tajuk lagu dia GENERASIKU dari zaman yang berbeza bukan macam zaman batu ngan  melinium tu zaman 2000 ngan 2011 itu maksud ANA. Ok lah korang layang la ni ye...

ini daripada O@G 

dan ini pula versi waktu rehat

Kat sini ANA ingin mengingatkan kepada diri sendiri dan korang semua, Khalifah Umar Al-Khatab pernah berkata "jika kamu mahu melihat masa depan negara,dunia kamu maka lihat lah pada generasi muda pada zaman kamu" so kawan-kawan apa yang sering kita lihat di dada akhbar begitukah masa depan negara kita pada masa akan datang, ANA tinggalkan persoaalan ini untuk kita sama-sama fikir.

nota kecik::ngah layang yuna inspired :)


""Cintai Allah Cintai Rasulullah""


1 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

tgh dgr lagu nih kat tv skrg..haha