Sabtu, 21 Januari 2012

.:Lalang:.

Kami sengaja kosongkan jiwa kami pasai otak kami dah penuh dengan puisi politik yang hangpa dok main ni. "matluthfi90"


""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

Sabtu, 14 Januari 2012

.:Tersentuh Hati:.

Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.


"Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR."  
"Inshaallah, UPSR 5A."


Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya.


"Katanya lagi, "Ustazah, ini serius tahu!"Saya senyum sembil berkata; "Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?""Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya."


Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi, "Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya."
"Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?"
Dia menyambung lagi, "Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan."
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
"Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?"
"Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung."Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa, "Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah." ~Ustazah Norhafizah Musa.


*Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

dipetik dari wanwma.com

""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

Jumaat, 6 Januari 2012

.:Sheikh Izzuddin Al-Qassam:.

Assalamualaikum, jom kenali salah seorang pejuang islam,

Nama lengkap beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Dilahirkan pada tahun 1882 M di Jibillah, Syria dan dia pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir untuk beberapa tahun mulai 1906.

Sheikh Al-Qassam adalah seorang murabbi yang sangat berpengaruh di kota Haifa, Palestin. Beliau menjadi saksi kezaliman penjajah British di Palestin, di mana agen Pax Britanica telah menajadikan orang Yahudi sebagai anak emas mereka, contohnya membeli tanah-tanah umat Islam dengan harga yang mahal dan dengan  kelicikan mereka, tanah umat Islam sedikit demi sedikit terlepas kepada mereka.


Bimbang dengan masa depan Palestin beliau serta teman-temannya telah membentuk satu pasukan Mujahidin untuk menentang British. Perjuangan bersenjata menentang British bukan sahaja berlaku di Palestin malah turut berlaku di setiap bumi umat islam pada masa itu seperti di Nigeria, Tanah Melayu juga tidak terkecuali, Benua kecil India, Sudan Iran, dan Iraq.


Satu pentempuran telah berlaku di waktu fajar pasukan penjajah Inggeris telah bertempur dengan psukan yang di pimpin oleh Sheikh Izzudin Al-Qassam yang telah menyaksikan beliau syahid semasa pentempuran  bersama dengan 4 orang lagi teman seperjuangan. Manakala di pihak penjajah seorang tentera inggeris telah berjaya dibunuh.


Pihak berkuasa inggeris telah mengistiharkan peristiwa tersebut sebagai satu peristiwa hitam dan melabelkan beliau serta teman-temannya sebagai seorang penderhaka.Walaupun beliau syahid bersama teman-temannya yang lain namun disini telah bermula satu titik tolak kesedaran kepada penduduk Palestin dan juga di pandang sebagai permulaan revolusi tahun 1936 (Abdul Aziz Badri)

Dan kini nama beliau telah di abadikan oleh gerakan jihad HAMAS dengan menamakan sayap mereka sebagai Briged al Qassam di ambil sempena dengan nama beliau, sebuah pasukan elit yang amat digeruni oleh pihak yahudi.Setiap anggota yang menyertai briged ini ialah orang yang baik akhlaknya, menghafal Al-Quran,berpuasa isnin, khamis,menghafal 40 buah hadith, dan sering kali solat secara berjemaah.
lagi tentang beliau klik.

""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

Isnin, 2 Januari 2012

.:Fibox Gantikan Shoutmix:.

Seperti yang kita tahu semua Shoutmix telah menghentikan perkhidmatan chat nya (untuk yang free saja) jadi kat sini ANA nak kongsi dengan semua orang yang masih mencari chat box bagi menggantikan shoutmix to.. so sahabat semua boleh pergi kat sini klik Fibox. walaupun baru dalam peringkat beta tapi bagi ANA ianya dapat membantu untuk kita bersama-sama bersiar-siar di blog kawan-kawan blogger yang lain. so selamat mencuba.. Setakan ini sahaja yang ANA dapat kongsikan kepada sahabat semua..




""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

.:Manusia Itu Dalam Kerugian:.





Keindahan islam terletak pada keindahan akhlak umatnya.

""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""