Jumaat, 6 Januari 2012

.:Sheikh Izzuddin Al-Qassam:.

Assalamualaikum, jom kenali salah seorang pejuang islam,

Nama lengkap beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Dilahirkan pada tahun 1882 M di Jibillah, Syria dan dia pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir untuk beberapa tahun mulai 1906.

Sheikh Al-Qassam adalah seorang murabbi yang sangat berpengaruh di kota Haifa, Palestin. Beliau menjadi saksi kezaliman penjajah British di Palestin, di mana agen Pax Britanica telah menajadikan orang Yahudi sebagai anak emas mereka, contohnya membeli tanah-tanah umat Islam dengan harga yang mahal dan dengan  kelicikan mereka, tanah umat Islam sedikit demi sedikit terlepas kepada mereka.


Bimbang dengan masa depan Palestin beliau serta teman-temannya telah membentuk satu pasukan Mujahidin untuk menentang British. Perjuangan bersenjata menentang British bukan sahaja berlaku di Palestin malah turut berlaku di setiap bumi umat islam pada masa itu seperti di Nigeria, Tanah Melayu juga tidak terkecuali, Benua kecil India, Sudan Iran, dan Iraq.


Satu pentempuran telah berlaku di waktu fajar pasukan penjajah Inggeris telah bertempur dengan psukan yang di pimpin oleh Sheikh Izzudin Al-Qassam yang telah menyaksikan beliau syahid semasa pentempuran  bersama dengan 4 orang lagi teman seperjuangan. Manakala di pihak penjajah seorang tentera inggeris telah berjaya dibunuh.


Pihak berkuasa inggeris telah mengistiharkan peristiwa tersebut sebagai satu peristiwa hitam dan melabelkan beliau serta teman-temannya sebagai seorang penderhaka.Walaupun beliau syahid bersama teman-temannya yang lain namun disini telah bermula satu titik tolak kesedaran kepada penduduk Palestin dan juga di pandang sebagai permulaan revolusi tahun 1936 (Abdul Aziz Badri)

Dan kini nama beliau telah di abadikan oleh gerakan jihad HAMAS dengan menamakan sayap mereka sebagai Briged al Qassam di ambil sempena dengan nama beliau, sebuah pasukan elit yang amat digeruni oleh pihak yahudi.Setiap anggota yang menyertai briged ini ialah orang yang baik akhlaknya, menghafal Al-Quran,berpuasa isnin, khamis,menghafal 40 buah hadith, dan sering kali solat secara berjemaah.
lagi tentang beliau klik.

""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

2 ulasan:

Awie Omar berkata...

SELAMAT PETANG. ENTRI YG MENARIK.
PETANG NI BLOG AKU CITER PASAL :
PEREMPUAN, ISTERI DAN DOT DOT DOT
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-personaliti-gadis-bakal-menjadi.html
HARAP SUDI LA TENGOK

Azekzk berkata...

info yg bermanfaat.