Rabu, 30 Mei 2012

Selasa, 15 Mei 2012

::Peristiwa al-Nakba::





Peristiwa Nakbah Pedulikah Kita 64 Tahun Berlalu

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
(Al Baqarah 120)

Salam perjuangan. Hari ini kita dihangatkan dengan sambutan hari guru yang akan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Akan tetapi, ingatlah wahai saudara Islamku sekalian bahawa pada tarikh 15 Mei 1948 merupakan salah satu titik hitam kepada seluruh umat Islam.

Akan tetapi, apakah kita seorang muslim yang peduli akan keadaan saudara kita ditempat lain?? Sedarlah wahai saudara ku sekalian pada 15 Mei 1948 satu titik hitam bersejarah yang menghentam umat islam di Tanah Palastin yang dinamakan Peristiwa Nakbah.

64 tahun telah berlaku, peristiwa nakbah yang menyasikan pembantaian keatas umat Islam di Palastine dengan rasminya Negara Haram Israel ditubuhkan. Sebahagian tanah Umat Islam telah dirampas, umat Islam di Palastin dibunuh dengan sewenang-wenangnya.

Zionis dengan angkuhnya, mengusir penduduk lebih daripada 60% penduduk Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Sungguh kejam!! Perkataan yang dapat diluahkan. Dalam peperangan tersebut, dengan menyayat hati umat Islam peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Palestin dilakukan oleh tentera yahudi. Anak-anak kecil, wanita, orang-orang tua lelali mahupun perempuan dibunuh bagaikan binatang-binatang buruan oleh tentera yahudi ini.

Lembaran 64 tahun berlalu, hari ini kita kian lupa akan peristiwa nakbah ini. Umat Palestin kian meratapi kesedihan dan dihamparan kesensaraan. Apakah kita peduli dengan semua yang belaku itu. Hari ini, jutaan umat Islam Palsetin menjadi pelarian dinegara sendiri. Pelik tapi benar itulah yang mampu diungkapkan.

Teringat kata-kata yang keluar dari Khalifah Islam terakhir, Sultan Abdul Hamid “ Demi Allah, tanah ini bukan milik aku, tetapi milik umat Islam seluruh dunia. Aku lebih rela melihat daging tubuhku dicincang-cincang, daripada melihat tanah umat Islam di pisah-pisahkan., dan itu takkan berlaku selagi aku hidup. Beritahu pada Yahudi untuk simpan duit-berjuta-juta itu, dan mereka boleh ambil tanah Palestin sesuka mereka tanpa membayar sesen pun, ketika khilafah telah tumbang”

Kehancuran khalifah oleh Yahudi membenarkan tanah Palestin dirampas oleh tangan-tangan mereka. Wahai saudaraku sekalian, buka dan fahamilah kembali sejarah silam agar kita mengerti apa yang berlaku pada hari ini. Umat Islam di Palestin meratapi, kita sini perlu sedari.

::Ameer al-Maliki::

kempen sokongan terhadap rakyat palestine


""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Isnin, 14 Mei 2012

::Wa ai ni Palestine::

Mari dengar ini cerita ada satu benda ANA nak kasi taw pada semua, dengan ini ANA menyeru semua bloger-bloger untuk menukar kan DP FAcebOOk kepada DP yang ANA telah selit kan kat bawah ni dan juga beberapa link untuk semua.. lihat bertapa teruknya saudara kita di bantai di luar sana hanya kerana ingin menegakkan kebenaran.

Minta TOLONG semua sahabat Menukar gambar profil anda Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda, Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa. *mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media ! Pilihan lain yang boleh digunakan bagi lelaki dan perempuan..














                                           maher zain juga turut menukar DP beliau

palestine kini
""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Sabtu, 12 Mei 2012

::Osaka City::

Selalu kita tengok jam yang paling canggih pon waktu dia pakai led kan, kali ni ANA nak kongsi satu jam yang amat menarik yang mengakibatkan ANA terlopong sehingga lalat pon nak masuk huh dasyat punya lopong.. ok abaikan mitos tu. baik sekarang ANA mempersembahkan water jam (ANA sendiri yang menggelarkannya water jam) dari osaka city.. benda alah ni bukan hanya menunjukkan waktu berbuka puasa malah ada juga corak batik bunga yang best dan dia tersangat lah cool....


Kat bawah ni ANA ada pakingkan beberapa gambar untuk korang yang nak tengok osaka city tu macam na rupa bentuk dia, dia ada dua gate south and north.




nota kecik:: hebat ciptaan manusia hebat lagi pencipta manusia... :)

""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Selasa, 8 Mei 2012