Selasa, 15 Mei 2012

::Peristiwa al-Nakba::





Peristiwa Nakbah Pedulikah Kita 64 Tahun Berlalu

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
(Al Baqarah 120)

Salam perjuangan. Hari ini kita dihangatkan dengan sambutan hari guru yang akan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Akan tetapi, ingatlah wahai saudara Islamku sekalian bahawa pada tarikh 15 Mei 1948 merupakan salah satu titik hitam kepada seluruh umat Islam.

Akan tetapi, apakah kita seorang muslim yang peduli akan keadaan saudara kita ditempat lain?? Sedarlah wahai saudara ku sekalian pada 15 Mei 1948 satu titik hitam bersejarah yang menghentam umat islam di Tanah Palastin yang dinamakan Peristiwa Nakbah.

64 tahun telah berlaku, peristiwa nakbah yang menyasikan pembantaian keatas umat Islam di Palastine dengan rasminya Negara Haram Israel ditubuhkan. Sebahagian tanah Umat Islam telah dirampas, umat Islam di Palastin dibunuh dengan sewenang-wenangnya.

Zionis dengan angkuhnya, mengusir penduduk lebih daripada 60% penduduk Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Sungguh kejam!! Perkataan yang dapat diluahkan. Dalam peperangan tersebut, dengan menyayat hati umat Islam peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Palestin dilakukan oleh tentera yahudi. Anak-anak kecil, wanita, orang-orang tua lelali mahupun perempuan dibunuh bagaikan binatang-binatang buruan oleh tentera yahudi ini.

Lembaran 64 tahun berlalu, hari ini kita kian lupa akan peristiwa nakbah ini. Umat Palestin kian meratapi kesedihan dan dihamparan kesensaraan. Apakah kita peduli dengan semua yang belaku itu. Hari ini, jutaan umat Islam Palsetin menjadi pelarian dinegara sendiri. Pelik tapi benar itulah yang mampu diungkapkan.

Teringat kata-kata yang keluar dari Khalifah Islam terakhir, Sultan Abdul Hamid “ Demi Allah, tanah ini bukan milik aku, tetapi milik umat Islam seluruh dunia. Aku lebih rela melihat daging tubuhku dicincang-cincang, daripada melihat tanah umat Islam di pisah-pisahkan., dan itu takkan berlaku selagi aku hidup. Beritahu pada Yahudi untuk simpan duit-berjuta-juta itu, dan mereka boleh ambil tanah Palestin sesuka mereka tanpa membayar sesen pun, ketika khilafah telah tumbang”

Kehancuran khalifah oleh Yahudi membenarkan tanah Palestin dirampas oleh tangan-tangan mereka. Wahai saudaraku sekalian, buka dan fahamilah kembali sejarah silam agar kita mengerti apa yang berlaku pada hari ini. Umat Islam di Palestin meratapi, kita sini perlu sedari.

::Ameer al-Maliki::

kempen sokongan terhadap rakyat palestine


""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Tiada ulasan: