Selasa, 31 Julai 2012

.:Wartawan Jepun Masuk Islam:.


Subhanallah, seorang wartawan Jepun nyatakan syahadat di Syria


Isnin, 30 Julai 2012 Syria - Seorang wartawan Jepun masuk Islam di Syria, di depan para pejuang Syria, Subhanallah Allahu Akbar walillahilhamd.

Dalam sebuah video yang diterbitkan di Youtube, menunjukkan seorang lelaki bermata sipit, seorang wartawan Jepun menyatakan dua kalimah syahadat di depan Mujahidin dari batalion Mamduh Julha yang bergerilya di gunung Al-Turkman di sempadan Syria-Turki.

Menurut laporan, ia masuk islam setelah tersentuh melihat sikap baik dari para Mujahidin ketika ia sedang membuat liputan pertempuran di wilayah tersebut.

Dengan terbata-bata ia mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" dibimbing oleh seorang mujahid dari brigade tersebut. Kemudian para mujahidin mengucapkan takbir, dan muallaf ini pun mengikutinya dengan wajah terlihat gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". Kini ia bernama Musthofa, hamba Allah yang mencari hidayah di bumi para syuhada, Syam.

Pada saat itu, bertepatan pada waktu solat Asar, maka Musthofa langsung diajak untuk solat. Ia diajar berwudhu oleh salah seorang mujahid. Nampak penuh keseriusan saat ia mengikuti tahap-tahap wudhu yang diajarkan. Selalu ada dakwah di sebalik jihad, Allahu Akbar!.

dipetik daripada Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)


""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Jumaat, 27 Julai 2012

.:Why I'm Fasting:.

Tahun ni 1433 hijrah Alhamdulilah masih sempat lagi kita bersua lagi dengan bulan yang mulia ini antara bulan mulia yang lain.

Bulan Ramadhan umum semua dah mengetahui bulan ni semua umat islam akan menunaikan ibadah puasa. Umat islam seluruh dunia akan bersuka ria, berpesta melakukan ibadat, ada yang menggelarkan bulan ramadan sebagai pesta ibadah kerana segala amal ibadah akan digandakan.

Bagi yang tak tau lagi ni nak bagi tau dalam islam ada 12 bulan iaitu:

1.Muharram
2.Safar
3.Rabiulawal
4.Rabiulakhir
5.Jumadilawal
6.Jumadilakhir
7.Rejab
8.Syaaban
9.Ramadhan
10.Syawal
11.Zulkaedah
12.Zulhijjah

umat islam berpuasa pada bulan RAMADHAN iaitu bulan ke 9 dalam kalendar islam. untuk kawan-kawan yang islam bila orang tanya hangpa sebab pa hangpa posa. hangpa nak jawab macam mana?? tudia jenuh nak pikiaq (sori kedah pekat). ok la ni nak kongsi sikit macam mana kita nak jawab soalan tu (back to bahasa baku).

kalau adik-adik kita yang tanya.
ADIK:     abang abang apasal ite kene osa??

ABANG:  adik kita posa ni sebab Allah suruh kita posa, supaya Allah sayang ke kita, supaya kita lebih faham macam mana orang hidup susah. adik suka tak kalau ada orang sayang adik.

ADIK:     suke suke (sambil lompat keriangan)

ABANG:  macam tu juga Allah, Allah akan suka kalau adik puasa.

ADIK:     jom!! (senyum sambil memimpin tangan abang ajak g bazar nak beli ayam goreng.)

kalau kawan-kawan kita tanya.
MAEL: wei aku tak nak tanya ko satu soalan, kenapa Allah suruh kita puasa ek? aku dulu malas ngaji sikit (dengan muka jujur yang dahagakan ilmu).

ISMAIL:  senang ja ko jangan pening kepala, kenapa Allah suruh kita puasa yang penting ko percaya kepada firman Allah yang suruh kita ni puasa seperti mana umat terdahulu supaya kita ni bertaqwa. bila ko dah percaya ni ko dah mengiyakan rukun iman ketiga iaitu percaya kepada kitab.


MAEL: oh macam tu.

ISMAIL: jadi ko pon kena la tutup aurat dengan sempurna jangan dok pakai seluar pendek keluar g bazar. sebab tutup aurat pon Allah suruh.


MAEL: ye ye (sambil senyum kerang)

kalau kawan-kawan kita yang belum muslim tanya.
RONALDO: maaf ya aku nak tanya sikit kenapa ya, orang islam berpuasa?

AHMAD: ok ya macam ni untuk memudahkan ko faham aku akan bagi tau melalui kesihatan atau sains, menurut kajian sains apabila kita berpuasa kita bukannya menyeksa badan kita tapi sebenarnya kita sedang merawat badan kita, selama 11 bulan menggunakan perut kita tanpa henti kecuali waktu tidur, sentiasa kita memasukkan makanan dalam perut kita jadi, Ramadhan sebagai bulan puasa disuruh umat islam berpuasa, untuk merehatkan perut itu dari segi kesihatannya. Allah yang menciptakan kita dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk badan kita.


RONALDO: oh macam tu tapi kalau dari segi agama kamu pula?


AHMAD: jika dari sudut agama pula, mudah sahaja jawapannya kami sebagai muslim patuh kepada perintah Allah. (sambil melemparkan senyuman manis)


perbualan diatas telah dialah bahasa terimakaseh




""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Rabu, 25 Julai 2012

Khamis, 19 Julai 2012

.:Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan:.



nak peringat macam mana nak niat puasa..  sahaja aku posa esok hari dalam bulan ramadhan kerana Allah ta'ala

""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Isnin, 16 Julai 2012

.:I'm Sorry Sayang:.

Seperti biasa seusai solat asar Pak Kassim akan singgah terlebih dahulu di gerai Pak Jabit, dahulunya diuruskan oleh Pak Jabit dan kini anaknya pula mengambil alih Pak Jabit hanya sekali sekala datang untuk melepaskan rindu kepada gerai tersayang disamping berjumpa kenalan laman sosial FB.

Kelihatan sahaja kelibat Pak Kassim minuman yang belum dipesan sudah sampai di meja beliau, ini kerana Pak Kassim adalah pelanggan tetap di situ, air yang selalu dipesan oleh beliau ialah kopi radix suam.Sedang enak Pak Kassim meneguk secangkir kopi radix,

"Assalamualaikum, pengantin baru" Pak Kassim menegur beserta senyuman dibibir.

"wa'alaikumussalam, eh Pak Kassim tak perasan saya" Jawab Rahman.

"Yela bila dah berbini mana lah nak perasan Pak Kassim yang tercongok kat sini ni" seloroh Pak Kassim.

 "jemputlah duduk" pelawa Pak Kassim.

"terima kasih Pak Kassim" Seyum Rahman.

sementara menunggu pesanan yang dipesan Rahman, Pak Kassim yang memang terkenal dengan sikap mesranya itu memulakan bicara.

"macam na sekarang dah berkeluarga ada semangat baru?" soal Pak Kassim.

hanya kesengihan Rahman menjadi jawapan kepada persoalan Pak Kassim.

"bila dah berkeluarga ini tambah lagi satu tanggungjawab, kena jaga isteri baik-baik, betul?" bicara Pak Kassim.

"betul tu Pak Kassim memang terasa juga ni tanggungjawab yang bakal saya pikul ni, nak kena bagi nafkah nanti bila dah ada anak nak kena bagi anak makan, pakai, nak gi sekolah huh memang mencabar tahap gaban kan Pak Kassim kan?" spontan Rahman menjawab.

"wah sampai ke anak sekolah dah kamu fikir Man hehe bagus-bagus, ada perancangn untuk masa depan nanti tak ada la susah kan bila dah ada perancangan untuk masa depan kan, a'a memamg bila dah berumahtangga ni hidup kita akan menjadi lebih mencabar kerana ada tanggujawab tapi kena ingat, tanggungjawab kita bukan setakat memberi nafkah dunia je kena ingat juga kamu sebagai ketua keluarga ada lagi satu tanggungjawab yang ramai para suami yang alpa dengan tanggungjawab  ni iaitu membimbing keluarganya ke syurga." balas Pak Kassim.

"nah abang Man Roti telur ngan nasi lemak" pekerja warong Pak Jabit memberikan kepada Rahman yang sedang bersembang dengan Pak Kassim.

"ah ok, terima kasih sambil" Sambil Rahman menghulurkan duit pembayaran.

"oh makan nasi lemak ngan roti canai la petang ni kat umah, Man cuba kamu tengok beza nasi lemak kamu dengan nasi lemak yang ada atas meja tu" Soal Pak Kassim.

"em nasi lemak saya bungkus dalam plastik nasi lemak atas meja tu tutup dengan tudung saji" jawab Rahman bersahaja.

"bagus tepat sekali. Man, dalam al-quran Allah berfirman supaya perempuan menutup auratnya bukan membungkus auratnya, lelaki yang membiarkan isteri nya keluar dari rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna boleh dikatakan dayus" nasihat Pak Kassim kepada Rahman kemudian menghirup kopi radix suamnya.

kata-kata Pak Kassim jelas terpaku dalam hati Rahman, suaranya seperti tersekat di halkum, melirik sayu kepada isterinya yang ada di dalam kereta sambil menunggu nasi lemak berserta roti canai yang di idamkannya.

"saya faham Pak Kassim, Terima kasih kerana mengingatkan saya" jawab Rahman perlahan.

Pak Kassim menghantar Rahman dengan anak matanya sahaja sambil menghirup kopi radix yang hampir sejuk, dan kereta Rahman meluncur perlahan meninggalkan warong Pak Jabit. hanya tangan sahaja yang di angkat tanda meninggalkan kawan...


"A031

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur 24:31) |"




""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Selasa, 3 Julai 2012

::PapanKekunci Cuti #17::


PEREMPUAN TAK WAJIB PAKAI TUDUNG TAPI WAJIB TUTUP AURAT




""♥ Allah ♥ Rasulullah""