Jumaat, 27 Julai 2012

.:Why I'm Fasting:.

Tahun ni 1433 hijrah Alhamdulilah masih sempat lagi kita bersua lagi dengan bulan yang mulia ini antara bulan mulia yang lain.

Bulan Ramadhan umum semua dah mengetahui bulan ni semua umat islam akan menunaikan ibadah puasa. Umat islam seluruh dunia akan bersuka ria, berpesta melakukan ibadat, ada yang menggelarkan bulan ramadan sebagai pesta ibadah kerana segala amal ibadah akan digandakan.

Bagi yang tak tau lagi ni nak bagi tau dalam islam ada 12 bulan iaitu:

1.Muharram
2.Safar
3.Rabiulawal
4.Rabiulakhir
5.Jumadilawal
6.Jumadilakhir
7.Rejab
8.Syaaban
9.Ramadhan
10.Syawal
11.Zulkaedah
12.Zulhijjah

umat islam berpuasa pada bulan RAMADHAN iaitu bulan ke 9 dalam kalendar islam. untuk kawan-kawan yang islam bila orang tanya hangpa sebab pa hangpa posa. hangpa nak jawab macam mana?? tudia jenuh nak pikiaq (sori kedah pekat). ok la ni nak kongsi sikit macam mana kita nak jawab soalan tu (back to bahasa baku).

kalau adik-adik kita yang tanya.
ADIK:     abang abang apasal ite kene osa??

ABANG:  adik kita posa ni sebab Allah suruh kita posa, supaya Allah sayang ke kita, supaya kita lebih faham macam mana orang hidup susah. adik suka tak kalau ada orang sayang adik.

ADIK:     suke suke (sambil lompat keriangan)

ABANG:  macam tu juga Allah, Allah akan suka kalau adik puasa.

ADIK:     jom!! (senyum sambil memimpin tangan abang ajak g bazar nak beli ayam goreng.)

kalau kawan-kawan kita tanya.
MAEL: wei aku tak nak tanya ko satu soalan, kenapa Allah suruh kita puasa ek? aku dulu malas ngaji sikit (dengan muka jujur yang dahagakan ilmu).

ISMAIL:  senang ja ko jangan pening kepala, kenapa Allah suruh kita puasa yang penting ko percaya kepada firman Allah yang suruh kita ni puasa seperti mana umat terdahulu supaya kita ni bertaqwa. bila ko dah percaya ni ko dah mengiyakan rukun iman ketiga iaitu percaya kepada kitab.


MAEL: oh macam tu.

ISMAIL: jadi ko pon kena la tutup aurat dengan sempurna jangan dok pakai seluar pendek keluar g bazar. sebab tutup aurat pon Allah suruh.


MAEL: ye ye (sambil senyum kerang)

kalau kawan-kawan kita yang belum muslim tanya.
RONALDO: maaf ya aku nak tanya sikit kenapa ya, orang islam berpuasa?

AHMAD: ok ya macam ni untuk memudahkan ko faham aku akan bagi tau melalui kesihatan atau sains, menurut kajian sains apabila kita berpuasa kita bukannya menyeksa badan kita tapi sebenarnya kita sedang merawat badan kita, selama 11 bulan menggunakan perut kita tanpa henti kecuali waktu tidur, sentiasa kita memasukkan makanan dalam perut kita jadi, Ramadhan sebagai bulan puasa disuruh umat islam berpuasa, untuk merehatkan perut itu dari segi kesihatannya. Allah yang menciptakan kita dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk badan kita.


RONALDO: oh macam tu tapi kalau dari segi agama kamu pula?


AHMAD: jika dari sudut agama pula, mudah sahaja jawapannya kami sebagai muslim patuh kepada perintah Allah. (sambil melemparkan senyuman manis)


perbualan diatas telah dialah bahasa terimakaseh




""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Tiada ulasan: