Ahad, 18 Januari 2015

.: Gaduh Punya Hal:.

Kalau dengan pelanggan,
Walaupun kita menang
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau gaduh dengan bos,
Walaupun menang,
Tiada lagi masa depan di tempat tu.

Kalau gaduh dengan keluarga,
Walaupun menang,
Hubungan kekeluargaan akan menjadi renggang.

Kalau gaduh dengan guru,
Walaupun menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau gaduh dengan sesiapun,
Walaupun menang,
Kita tetap kalah.

Jesteru baik jangan bergaduh,
Selalu berbaik sangka InsyaAllah hidup diberkati..


""♥ Allah ♥ Rasulullah""