Jumaat, 17 April 2015

.:Lift Yang Bergerak:.

Assalamualaikum,

Hari tu aku dengan zack ada berdebat pasal teknologi lift yang digunapakai sekarang ni. Zack bermati-matian berhujah mengatakan ada sensor laser macam dalam citer mission impossible. Siap dia cakap

"oh aku tengok kat lift tu ada lubang la untuk detect kaki orang yang lalu kawasan tu, bila orang lalu baru la lift tu mula bergerak turun"

Buat yang tak tahu sekarang zaman 2015 lift dah ada kemajuan untuk tujuan keselamatan, bagi lift untuk turun dia akan mula bergerak bila ada orang nak turun bila tak da orang dia dok diam ja kat situ..

ceh bukan lift la escalator tangga bergerak tu.. dah malas pulak aku nak betulkan perkataan kat atas tu.. tapi tak salah gak ada gak orang panggil menatang tu lift salah satu nya aku lah haha..

ok balik kepada topik asal macam mana lift tu boleh bergerak. ceh lift lagi aku sebut payah la nak tulis escalator ni.. Zack bersugguh-sungguh berpegang dengan hujah dia..

aku pulak berpegang pada hujah escalator tu akan mula bergerak jika ada bebanan pada sensor escalator kat pemijak tu sebelum turun escalator, mesti korang rasa hebat kan sebab aku dah berjaya taip escalator dengan banyak sekali, mau tak senang aku kopi pasta je..

Perbahasan aku dengan Zack jadi masa aku dengan dia tengah makan.. so balik dari makan tu aku cuba melakukan uji kaji hujah aku atau dia yang tepat. So mula mesti la aku pakai hujah aku, berdiri depan escalator tu dan lihat apa yang terjadi disini kita panggil tindak balas bahan uji kaji. Masa aku berdiri tu aku tak berdiri betul kat lubang laser Mission Impossible yang Zack cakap tu.

Tak sampai beberapa saat escalator tu bergera tandanya benda alah tu mula bergera bila ada beban atasnya.. belum sempat aku cakap kat zack "hah tengok kan betul hujah aku"..

Zack terus turun berlari menggunakan tangga sebelah 

""♥ Allah ♥ Rasulullah""

1 ulasan:

sherlina halim berkata...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini